Archive for the ‘Walkie-Talkie’ Category

Company Baru!

March 27, 2009

Akhirnya aku dan Amran mengambil keputusan untuk melupakan bisnes printing buat sementara waktu (atas sebab-sebab tertentu yang agak sensitif). Kami akan memberi sepenuh tumpuan kepada bisnes telekommunikasi (walkie-talkie, handphone etc). Nama syarikat baru kami adalah AMSSA telekomunikasi, sebuah syarikat persendirian (enterprise) yang di daftarkan di bawah nama Amran Mat Ali. AMSSA adalah gabungan nama Amran, isteri dia dan 3 orang anaknya.

Semalam aku telah menyiapkan logo dan beberapa pengenalan syarikat untuk digunakan di atas letterhead etc. Aku gunakan CS2 dan idea pula datang mencurah-curah tetapi aku lebih suka sesuatu yang simple. Maka terhasillah yang ini:

logo350

Setiap syarikat pastinya ada logo. Dengan gabungan dua huruf S, aku berjaya menghasilkan logo yang melambangkan kasih sayang keluarga ini. Mudah-mudahan semangat kasih sayang ini akan disalurkan kepada syarikat baru kami dan juga dengan kawan-kawan kami yang sedia membantu (Hashim, Faizal dan Malzian).

logo100

Walkie-Talkie : Model GP2100

March 6, 2009

GP2100

Marconi : Radio Communications Test Set

March 2, 2009

MARCONI

Ini adalah antara peralatan yang kami gunakan untuk Repair & Servis walkie-talkie. Tengok button ajer dah pening. Belum lagi nak tekan button yang mana satu, dapatkan bacaan, setting apa yang patut. Tenaga kerja kami 100% Bumiputera. Aku amat BANGGA sekali!

Walkie-Talkie : Model GP328 & GP338

March 2, 2009

GP328 & GP338

Walkie-Talkie : Model Visar

March 2, 2009

Visar