Archive for the ‘Ammar Haiqal’ Category

Haiqal dah Grad!

November 16, 2009

Dua tahun dia survive bangun pagi etc.. tup, tup next year 2010 dia dah darjah 1.

HAIQAL1

Jakarta?

May 30, 2009

jakartamap

Seperti biasa aku dan Ati akan ke pasar malam. Beli yong tau fu, tau fu fa, tapai ubi dan pulut, kentang goreng, burger special etc. Rutin setiap hari Khamis.

Semasa melintas jalan Ati kata, esok Ati ke Jakarta. Sambut birthday Haiqal. Aku diam.

Sebelum ini aku ada juga dengar. Sampaikan Zam pun pernah tanya aku. Tapi aku tak tahu dan tak mahu ambil tahu.

Aku di ofis dari jam 12.00 hingga jam 5.00 petang.

Semuga perjalanan mereka selamat pergi dan balik. Amin…

SMS: 25 Mei 2009

May 24, 2009

SMS aku kepada just fren.

“ Selamat ulangtahun ke 41. Semoga panjang umur, bahagia selalu dan di berkati dunia akhirat. Amin… “

25/05/2009

12:01:58 am

Aku mahu jadi orang yang pertama mengucapkan selamat harilahir kepadanya.

Selama ini aku tidak berkesempatan untuk mengucapkannya. Aku tak ingat bila kali terakhir, mungkin 10 tahun yang lepas atau lebih dari itu. Lama sungguh tapi aku tak pernah lupa akan tarikh lahirnya. Maaf, takde hadiah untuk aku berikan selain satu ucapan SMS tanda ingatan yang berkekalan.

kau selalu ada, macam pelangi

ada masanya pelangi muncul tanpa kita sedari

usah di cari kemana hilangnya pelangi

pejamkan mata…. buka mata hati

itu dia pelangi!

ada di situ, dalam hati kamu

Hari ini juga hari ulangtahun Ammar Haiqal yang ke 6.

Hadiah untuk Haiqal aku belikan dia product Ben 10. Dia yang pilih sendiri di pasar malam. Selang dua hari, Pak Lang dia hadiahkan dia dua replika superbike Yamaha dan Kawasaki. Dia yang pilih sendiri di Carrefour.

ben10

Demam campaknya dah OK. Minggu lepas Pakcik Atan bawakan DAUN SEMAMBU untuk hilangkan kesan parut demam campak. Atuk dia lumurkan satu badan. Alhamdullillah… Kesan parut demam campak semakin hilang. Dah dua minggu dia tak ke sekolah. Hari ini dia kembali ke sekolah.

haiqal-semambu

Ada satu lagi perkara penting yang terjadi pada 25 Mei tapi tak perlu di kisahkan lagi. Hanya orang tertentu sahaja yang tahu. Sejarah hidup aku yang lalu. 25 Mei 2007, dan aku dah padamkannya dalam kotak memori aku. Semuga ianya lenyap untuk selama-lamanya.

Haiqal: Demam Campak

May 8, 2009

CAMPAK

Wajah terbaru Haiqal. Demam dah okay. Kesan campak masih banyak. Moga sebelum harilahir dia ke-6 pada 25 Mei ini semua kesan campak akan hilang. Dah 5 hari tak ke sekolah. Ini kali pertama dia kena demam campak (chicken pox). Macam Qaleda dulu pun , agak teruk juga kesan campak pada muka dia.

Campak merupakan penyakit mudah berjangkit yang selalunya menyerang kanak-kanak, namun ia juga boleh berlaku pada semua peringkat umur. 90% kontak yang tidak berimunisasi berada berdekatan pesakit akan dijangkiti dengan mudah. Ia menjangkiti sistem respiratori dan menyebabkan ruam kulit.

Seseorang boleh dijangkiti selama 1 hingga 2 hari sebelum tanda tanda dapat dilihat dan sehingga 4 hari setelah ruam timbul. Ia disebarkan melalui bersin, batuk dan bahan terjangkit dan permukaan yang terdedah kepada pesakit.

Campak boleh menjadi serius dan membawa kematian kepada sesetengah kanak kanak dan setiap tahun dianggarkan 30 juta hingga 40 juta kes campak berlaku seluruh dunia menyebabkan lebih dari 75,0000 kematian. Orang yang telah dijangkiti campak akan membentuk imuniti semulajadi.

Tanda dan Gejala

Gejala bermula 10 – 12 hari selepas terdedah dengan pesakit, Gejala awal adalah seperti hidung berair, batuk, hidung tersumbat, mata merah, sakit otot , sensitif terhadap cahaya dan demam. Selepas 2 hingga 4 hari gejala tadi, ruam badan dan tompokan putih di dalam mulut mula timbul.

Ruam bermula di kepala dan merebak ke bahagian lain, berkembang ke bawah dan bersatu antara satu sama lain. Ia akan beransur hilang dalam masa 4 hari sebagaimana tempoh ia berlaku.

Komplikasi

Kebanyakan pesakit campak akan sembuh sepenuhnya , namun ada sesetengah yang akan menjadi lebih teruk sehingga menyebabkan komplikasi lain berlaku antaranya:

• Jangkitan telinga

• Pembesaran Nodus Limfa

• Inflamasi otak : 1 dalam 1000 kes campak

• Jangkitan paru paru

• Jangkitan bronkus

• Jangkitan peti suara

• Cirit birit atau muntah

• Semasa mengandung, ia boleh menyebabkan kelahiran pramatang, keguguran atau bayi lahir kekurangan berat badan.

Kematian amat jarang berlaku ( satu atau dua daripada 1000 kes, selalunya disebabkan oleh jangkitan paru paru atau jangkitan otak.

Rawatan

• Acetaminophen (paracetamol) untuk mengurangkan demam dan sakit badan.

• Rehat (tidur ) dengan cukup.

• Pelembab yang menyegarkan ruang respiratori (pernafasan) dan menghilangkan batuk.

• Antibiotik diberikan kepada pesakit yang membentuk otitis media atau jangkitan kuman pada paru paru.

• Pengasingan.

Pencegahan

Di Malaysia, vaksin campak biasanya diberikan bersama sama vaksin beguk, dan rubella ketika berumur satu dan tujuh tahun. Orang yang tidak berimunisasi dan adik beradik perlu diasingkan dari pesakit.

Gemini: Good and Bad

May 7, 2009

good-vs-bad-gemini

Untuk Kids

April 21, 2009

terang-hafal

Ammar Haiqal

April 15, 2009

haiqal350

dsc_0029

dsc_0434-1

w5h3

dsc_0204-1

Pertandingan Uno

March 29, 2009

uno-600

Haiqal amat suka bermain Uno, kami mengada pertandingan secara rasmi. Ati turut sama dan ternyata Ati banyak kali Uno…

My Heart! My Soul!

March 27, 2009

kids-4001

Gambar pada Hari Raya 2008. Our last Raya together…

Ammar Haiqal (5), Nur Izzati (9), Amiera Qaleda (10) & Amierul Aiziq (13)