For the past few weeks, masa dapat tahu dia holiday ke Ballarat. Aku mengambil keputusan untuk melenyapkan semuanya. Kebetulan pula menjelang tahun baru 2012. Langsung menjadi AZAM utama aku. Tidak mengharapkan apa-apa lagi, sekadar sebuah sejarah silam yang manis, pahit, masin, masam etc.
Archive for the ‘Uncategorized’ Category
Biarkan berlalu
December 21, 2011Aku tak peduli
December 21, 2011Matikan hati aku
Kosongkan jiwa aku
Lenyapkan cinta aku
Aku tidak mahu peduli
Jadikan senyuman aku pahit
Biarkan angan aku musnah
Aku tak peduli
DECEMBER 2011
December 10, 2011Masuk 1 tahun tak ber-BLOG. Aku akan terus aktif dengan LENOVO baru, thanks to Amai.
Baru balik dari Penang, menghadiri pengebumian Mak Su Zaharah yang meninggal dunia pada 8hb. Arwah menghembuskan nafas terakhir ketika tidur. Alin memecut Cruze dan tiba 3 jam 30 minit kemudian.
Pengalaman yang amat berharga, pertama kali aku membantu memandikan jenazah. Juga mengusung jenazah dalam keranda ke Masjid dan ke kubur untuk di semadikan. Al-Fatihah, semuga rohnya di tempatkan bersama orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah…
Rutin Baru
June 8, 2010Mesti memulakan sesuatu yang berbaloi-baloi. Got my novel notebook & a pen. Idea.. idea.. idea..
Jun 2010
June 7, 20105 Jun: Cuman meninggal dunia jam 2.20pm di HUKM. Selepas hampir sebulan di HUKM. Jenazah di kebumikan di Segamat. His hometown. Thanks to Datuk Alias, Encik Khairul dan Encik Nasir atas bantuan.
First time aku masuk ke bilik mayat. Atendan tarik peti. Buat kali terakhir aku dapat melihat arwah. Al-Fatihah…
REUNION : NASI KANDAR PELITA SS15
Punya ler sesat barat aku dengan Amai! At last jumpa jugak, yang turn-up Yem, Zizol, Azmin, Yunus, Suharto (1st time), Fuad, Ismail (organisor), Amai, Amran, Jamil dan Bob.
“Bagi aku bisnes kad ko”. Aku dapat 3 kad…
Kesibukan yang ala-ala SIBUK
July 29, 2009Hampir dua minggu aku dan geng jadi kutu embun. Late supper di sekitar BTR dan BSP. Sekarang nih tengah ajar Zeck buat blog. Aku jadi cikgu internet.
Alfatihah kepada Yasmin Ahmad. Pemergian yang mengejutkan pada usia 51 tahun, ketika beliau masih sibuk dengan tugasan. First time aku tonton Sepet aku agak kagum dengan jalan ceritanya. Tetapi agak meluat dengan gelagat mesra manja parents Orkid. Kebetulan MOHAS pernah bekerja di bawah beliau sewaktu di Leo Burnett, so aku pun ada juga bertanyakan tentang Yasmin. MOHAS tidak keberatan untuk bercerita dan dia sendiri kagum dengan anugerah yang Allah berikan kepada Yasmin.
28 Julai pula adalah besday Amy Search. Happy Belated Besday. Seorang lagi icon yang aku follow secara tidak langsung. Kebetulan pula Zeck banyak bagi info tentang Search. Ternyata Zeck adalah seorang peminat Search yang setia. Dia begitu teruja bila tengok clip dalam YouTube sewaktu Search jamming pada 2006 (rasanya), ada kelibat dia dan Meor.
Semalam Aiziq balik dari asrama. SMKSJ di tutup selama seminggu!
Islamic Calendar
May 12, 2009
Datuk Lat : The Kampung Boy
March 31, 2009Gambar ini dari koleksi peribadi ayah aku. Katanya, Datuk Lat sendiri yang bagi dia gambar ini ketika di Penang. Ada satu lagi gambar Datuk Lat dan famili.