Archive for the ‘Ayat-Ayat Cinta’ Category

Ayat-Ayat Cinta – Rossa

March 31, 2009

Aku ke ofis pada jam 11.00am. Amran tidak jadi datang kerana ada urusan lain. Aku kemas apa yang patut dan mengisi borang yang diamanahkan oleh Zam kepadaku. Zam kata tulisan dia tak lawa. Aku memang bangga dengan tulisan aku sendiri hehehe. Bila dah lama sangat menulis jadi macam cakar ayam juga akhirnya. Untuk menghilangkan kebosanan aku hidupkan radio, cari siaran Sinar FM 96.7 atau Stesen Retro.

Aku buka zip sling beg hitam Timberland kegemaran, yang sudah lama setia bersama aku. Masih utuh walaupun bukan Timerland asli. Seingat aku, aku beli di PS. Aku capai novel Ayat-Ayat Cinta. Memasuki bab 29, Fahri dalam penjara.

 

Saat aku memasuki bab 30, Ayat-Ayat Cinta. Sinar FM memutarkan lagu nyanyian Rossa, Ayat-Ayat Cinta. Satu kebetulan?

 

ayat-ayat cinta-rossa

 

desir pasir di padang tandus

segersang pemikiran hati

terkisah ku di antara

cinta yang rumit

bila keyakinanku datang

kasih bukan sekadar cinta

pengorbanan cinta yang agung

ku pertaruhkankan

maafkan bila ku tak sempurna

cinta ini tak mungkin ku cegah

ayat-ayat cinta bercerita

cintaku padamu

bila bahagia mulai menyentuh

seakan ku bisa hidup lebih lama

namun harus ku tinggalkan cinta

ketika ku bersujud

 

Bab 31, Diari Maria. Sungguh menyentuh hati aku. Mata aku berkaca, perlahan mengalir panas. Airmata hangat. Perlahan juga aku keluarkan saputangan dari poket belakang. Aku kesat perlahan. Sudah agak lama aku tidak menangis. Apatah lagi ketika membaca sebuah novel. Hati aku luluh…

 

“Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia seluruhnya”

 

Advertisements

Petikan dari novel Ayat-Ayat Cinta

March 29, 2009

Bab 11 : Getaran Cinta

 

“Fahri, kenapa pula kau buat peta hidup masa depan, bukankah hidup ini nikmatnya mengalir bagaikan air?” tanya Maria.

 

Kepalaku sebenarnya semakin berdenyut, tapi aku tidak mahu mengecewakan orang yang bertanya padaku.

 

“Maaf, setiap orang berbeza dalam memandang hidup ini dan berbeza caranya dalam menempuh hidup ini. Peta masa depan itu saya buat terus-terang saja berangkat dari semangat spiritual ayat suci Al-Quran yang saya yakini. Dalam Ar-Ra’ad ayat sebelas Allah berfirman: Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah nasibnya. Jadi nasib saya, masa depan saya, mahu jadi apa, sayalah yang menentukan. Berjaya dan gagalnya saya, sayalah yang menciptakan. Saya sendirilah yang merancang apa yang akan saya raih dalam hidup ini.”

 

Belum selesai aku bicara. Maria mencelah: “Kalau begitu di mana takdir Tuhan?”

 

“Takdir Tuhan ada di hujung usaha manusia. Tuhan Maha Adil, Dia akan memberikan sesuatu kepada umatNya sesuai dengan kadar usaha dan ikhtiarnya. Dan agar saya tidak tersesat atau melangkah tidak tentu arah dalam berikhtiar dan berusaha, maka saya membuat peta masa depan saya. Saya suka dengan kata-kata Thomas Carlyle: ‘Seseorang dengan tujuan yang jelas akan membuat kemajuan walaupun melalui jalan yang sulit. Seseorang yang tanpa tujuan, tidak akan membuat kemajuan walaupun ia berada di jalan yang lurus!’ Peta hidup ini saya buat untuk mempertegas arah tujuan hidupku sepuluh tahun ke depan. Ini sebahagian dari usaha dan ikhtiar dan setelah itu semuanya saya serahkan sepenuhnya kepada Tuhan.”

 

Maria mengangguk-anggukkan kepala.

 

“Apa kukata, Fahri seorang visioner yang tegas. Tidak seperti dirimu Maria, hidup manja tanpa visi. Kau ini sudah berada di jalan yang lurus. Dikurniai otak yang cerdas, hidup berkecukupan, disayang keluarga. tapi kau tidak akan membuat kemajuan tanpa visi yang jelas.” sahut Madame Nahed.

Novel Ayat-Ayat Cinta karya Habiburrahman El Shirazy

March 29, 2009

aac3001

Aku meluangkan masa untuk membaca novel yang agak unik ini. Banyak pengajaran dan pengalaman yang aku timba dari novel ini. Saudara Habiburrahman El Shirazy telah menjadi penulis  kegemaran aku. Berbeza sungguh dengan novel-novel yang pernah aku baca sebelum ini. Malah aku belum berkesempatan untuk menonton filem Ayat-Ayat Cinta. Hanya pernah mendengar dua lagu dari filem tersebut yang dibawa oleh Rossa dan Ungu.