Archive for the ‘Takaful’ Category

Definisi Takaful

April 14, 2009

 

Kata dasar bagi perkataan ‘takaful’ ialah ‘kafala’ yang bererti untuk menjamin, menjaga atau memelihara. Oleh kerana ‘takaful’ merupakan katanama yang berasal daripada kata kerja ‘takafala’ maka ianya bererti ‘saling menjamin’, ‘saling menjaga’ dan ‘saling memelihara’.

 

Banyak lagi maksud bagi perkatan ‘takaful’ tetapi perbincangan di sini hanya difokuskan kepada maksud yang berkaitan dengan perlindungan sesuai dengan konsep insurans yang diamalkan.

 

Di dalam Al-Quran terdapat perkataan-perkataan ‘kafala’ dan ‘yakfulu’ yang memberi makna ‘memelihara’ atau ‘menjaga’.

 

Sebagai contoh, Allah S.W.T. berfirman:

 

takaful001-12

 

“Maka Tuhannya menerima ia sebagai nazar dengan penerimaan yang baik, dan mendidiknya dengan pendidikan yang baik dan Allah menjadikan Zakaria pemeliharanya (penjaganya)…” (Surah Ali-Imran: 37)

 

Dalam ayat yang lain, Allah S.W.T. berfirman:

 

 

takaful002-1 

 

“Dan Kami cegah Musa daripada menyusu kepada perempuan-perempuan yang mahu menyusukannya sebelum itu; maka berkatalah saudara Musa; ‘Mahukah kamu aku tunjukkan kepadamu ahlul bait yang akan memeliharanya untukmu, dan mereka dapat berlaku baik kepadanya?” (Surah Al-Qasas: 12)

eTiQa

March 3, 2009

ETIQA

KETAHUI BAGAIMANA DENGAN 10%

DAPAT MELINDUNGI 100% PENDAPATAN ANDA