Archive for the ‘Facts’ Category

EPL 2008-09 Champion: Manchester United

May 18, 2009

MANU2Atas semangat kesukanan yang tinggi… TAHNIAH buat penyokong MU. Itulah hakikat bolasepak yang mesti di terima walaupun pahit. Arrgghhh!!!

MU telah menyamai rekod Liverpool, menjadi JUARA EPL sebanyak 18 kali. Maka dah jadi seri 18 sama, musim 2009-2010 kita bermula 0-0. Siapa akan muncul sebagai JUARA untuk kali ke-19!

Apapun aku tetap sokong THE REDS dan bukannya RED DEVILS.

TAHUN KEMENANGAN:

1907–08, 1910–11, 1951–52, 1955–56, 1956–57, 1964–65, 1966–67,

1992–93, 1993–94, 1995–96, 1996–97, 1998–99, 1999–00, 2000–01, 2002–03,

2006–07, 2007–08, 2008–09

Network: Komuter, LRT, Putra and Monorail

April 30, 2009

transitnetwork0

2009 PFA: Ryan Giggs and Ashley Young

April 27, 2009

giggs

LONDON – Ryan Giggs dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Tahunan Persatuan Pemain Profesional (PFA) England awal pagi semalam meskipun dia hanya beraksi 12 kali dalam kesebelasan utama Manchester United musim ini.

Pemain tengah berusia 35 tahun yang berasal dari Wales itu berjaya menewaskan lima calon lain termasuk empat rakan sepasukannya, Cristiano Ronaldo, Nemanja Vidic, Edwin van der Sar dan Rio Ferdinand serta kapten Liverpool, Steven Gerrard.

“Saya pernah menang dua kali anugerah Pemain Muda Terbaik tetapi anugerah kali ini betul-betul kejayaan besar buat saya.

“Ia merupakan anugerah peribadi terbaik yang kamu boleh dapat kerana ia merupakan undian dari rakan-rakan pemain sendiri,” katanya.

Menurut Giggs, saingan musim ini begitu menarik di mana selepas berakhir satu perlawanan besar, mereka perlu menempuh satu lagi perlawanan besar secara berterusan.

“Itulah yang berlaku dengan United. Ucapan terima kasih pastinya kepada Alex Ferguson yang banyak mempengaruhi karier bola sepak saya.

“Pertama kali bertemu dengannya adalah ketika saya berusia 13 tahun dan hubungan kami sentiasa baik sehingga ke hari ini,” ujarnya.

Sementara itu, pemain England yang beraksi untuk Aston Villa, Ashley Young dipilih sebagai pemenang anugerah Pemain Muda Terbaik Tahunan.

Bagi pilihan kesebelasan utama Liga Perdana England untuk tahun ini, seramai enam pemain United berada dalam senarai tersebut iaitu Giggs, Ronaldo, Vidic, van der Sar, Ferdinand dan Patrice Evra.

Namun penyerang United, Wayne Rooney tidak berada dalam senarai itu selepas diketepikan penyerang Chelsea, Nicolas Anelka dan penyerang Liverpool, Fernando Torres. – Agensi

PILIHAN LIGA PERDANA ENGLAND

PENJAGA GOL

Edwin Van der Sar (United)

PERTAHANAN

Glen Johnson (Portsmouth), Rio Ferdinand (United),

Nemanja Vidic (United), Patrice Evra (United)

TENGAH

Ashley Young (Aston Villa), Steven Gerrard (Liverpool),

Ryan Giggs (United), Cristiano Ronaldo (United)

PENYERANG

Nicolas Anelka (Chelsea), Fernando Torres (Liverpool)

Cinta Sejati jadi ‘Cinta Sehari’

April 25, 2009

KECEWA dan terus kecewa dalam percintaan dijalin. Kadang-kadang hati sudah bosan memikirkan soal perasaan sedang diri terus dimamah usia.

Bosan sebenarnya apabila berakhir pada cinta yang salah. Alih-alih mengharap cinta sejati tetapi ia hanya kekal dan menjadi ‘cinta sehari’.

Ada waktu anda menyalahkan takdir yang menyebabkan sering kecundang lewat percintaan. Pernahkah mengkaji diri apa yang menjadi penyebabnya?

Kalau difikirkan kecantikan diri, rasanya tidak kalah dengan teman lain yang sudah punya kehidupan membahagiakan bersama pasangan masing-masing.

Namun anda masih sendiri dan bagaikan orang berputus asa, anda sudah menanam cita-cita untuk tidak mahu mengharapkan sesiapa lagi.

Jangan cepat dilanda rasa kecewa. Ada pengkaji dalam soal cinta menyarankan supaya jangan menoleh ke masa lalu yang penuh kekecewaan sebaliknya sentiasa melengkapkan diri untuk menerima cinta baru.

Namun, sebelum memutuskan menerima cinta seseorang, perhatikan tandanya, apakah dia memang jodoh anda?

# Dia sahabat terbaik anda

Saat mengalami kesulitan, perkara pertama terlintas di kepala anda adalah dirinya. Dia pandai menenangkan hati.

Dia selalu hadir untuk anda dalam situasi apa sekalipun. Tiada orang yang lebih baik mengisi peranan ini daripada pasangan anda atau sahabat istimewa yang menjadi tempat susah senang anda. Percayalah, pasangan yang dirasakan jodoh anda, pasti tidak takut mengalami pasang surut dalam hidup ini.

# Punya banyak persamaan

Hasil penelitian menyatakan, perkahwinan yang paling stabil adalah pernikahan yang membabitkan dua orang dengan banyak persamaan. Jenis persamaan itu tidak terlalu penting tetapi semua itu adalah modal untuk menjadikan hubungan semakin mantap.

Menikmati semua aspek kehidupan bersama adalah antara rahsia pasangan sejati. Tidak perlu orang lain untuk membuat anda berdua bahagia. Apakah anda sudah merasakannya? Jika ya, jangan lepaskan dia.

# Kepentingan anda adalah segalanya

“Cinta dimulai ketika seseorang menemukan bahawa keinginan orang lain sama pentingnya dengan hasrat hatinya sendiri.” (Harry Stack Sullivan).

Daripada bahasa tubuh dan sikapnya selama ini, terlihat jelas dia memperlakukan anda sebagai orang terpenting dalam hidupnya.

Bahkan, dia sering mementingkan sesuatu untuk keperluan diri dan sekali gus dia memikirkan diri anda. Jika ini yang ada pada peribadinya, mungkin dia yang anda cari.

Justeru, cinta abadi membabitkan komitmen rela berkorban untuk kebahagiaan pasangan lalu jangan memikirkan orang lain di fikiran. Percayalah bahawa dialah milik cinta sejati anda.

# Cinta tanpa syarat

Cuba ingat, pernahkah dia menarik muka masam saat melihat anda memakai baju yang tidak menepati seleranya? Dia barangkali pernah menegur gaya pakaian anda yang agak menjolok mata atau sebenarnya gaya pakaian anda membuatkan dia tidak senang kerana takut ada lelaki lain akan memberi perhatian lebih kepada anda.

Atau anda pernah ditegurnya tanpa disedari gara-gara memotong rambut tanpa pengetahuannya?

Namun, dia sentiasa pandai mengambil hati dan tegurannya jarang menyakitkan. Sebaiknya, fikirlah jika anda berkira-kira untuk memilih dia menjadi kekasih sejati. Cinta sejati adalah cinta tanpa syarat yang mampu menerima pasangan seadanya.

# Sentiasa bersedia jadi pendengar setia

Setiap kali anda berbicara padanya, tidak sedetik pun perhatiannya beralih. Dia pendengar yang baik, mampu mendengar anda berbicara berjam-jam lamanya tanpa rasa bosan, penuh perhatian dan mengerti apa yang anda diinginkan.

# Sering menepati masa

Untuk urusan apa sekalipun, dia selalu berusaha untuk menepati waktunya. Janji bertemu jam tujuh malam, dia sudah tiba di tempat setengah jam lebih awal.

Baginya, lebih baik dia yang sampai dulu atau menjadi penunggu setia daripada membiarkan anda menunggu. Apalagi jika tempat pertemuan agak janggal untuk dirinya tetapi dia sentiasa mahu anda didahulukan.

# Gerak batin atau naluri

Tanpa sebarang ucapan, anda mampu mengetahui apa yang tersirat di hati masing-masing.

Anda berdua bagaikan dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaan pasangan pada situasi apa sekalipun. Bila anda sudah merasakan hal sedemikian, selamat! Mungkin dialah belahan jiwa anda.

Gila Tunggu Kes Fasakh

April 23, 2009

Gila tunggu kes fasakh

Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad

ahmadshahrul@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Seorang isteri jelita menjadi gila akibat tidak mampu menahan pelbagai tohmahan dan desakan hidup apabila tuntutan fasakh tidak diselesaikan walaupun berbelas tahun difailkan di mahkamah syariah.

Walaupun wanita berkenaan memiliki rupa paras menarik sehingga menerima banyak lamaran untuk mendirikan rumah tangga, tindakan khianat suami menggunakan ‘kuasa’ dengan menjadikan mahkamah syariah sebagai alat, berjaya mendera emosi dan kehidupan isteri hingga kehidupan isteri porak-peranda dan akhirnya menjadi sewel.

Wanita berpendidikan tinggi yang berusia lebih 40 tahun itu kini terpaksa mengisi masa lapang dengan menjaja kecil-kecilan dari rumah ke rumah selain gemar bercakap sendirian.

Nasib isteri malang itu didedahkan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Nakhaie Ahmad, yang mengakui wanita berkenaan menjadi sewel apabila tuntutan fasakhnya masih tidak dapat diselesaikan di mahkamah walaupun sudah berbelas tahun menunggu.

Menurutnya, beliau terkejut apabila wanita terbabit mendedahkan masalah itu apabila tidak dapat menanggung keperitan akibat tindakan suami menggunakan mahkamah bagi menderanya.

“Dia menuntut fasakh dan tidak boleh hidup dengan suami kerana mempunyai alasan kukuh yang sepatutnya dibenarkan mahkamah secepat mungkin.

“Bagaimanapun, pelbagai kerenah dilakukan suami menyebabkan kes berkenaan berlarutan sehingga mangsa menghampiri usia separuh abad.

“Lebih menyedihkan, isteri itu menjadi sewel dengan bercakap sendirian serta melakukan perkara yang mengarut,” katanya.

Beliau mengulas laporan Harian Metro baru-baru ini, mengenai keluhan seorang isteri, mahu dikenali Aisyah, 35, yang terpaksa menanti tujuh tahun sebelum mahkamah membenarkan tuntutan fasakhnya sehingga terpaksa menolak lebih 10 lamaran lelaki.

Bagaimanapun, kegembiraan itu direntap semula apabila suami wanita itu membuat rayuan di mahkamah lebih tinggi supaya pelaksanaan keputusan itu ditangguhkan menyebabkan kes itu berlarutan dua tahun lagi.

Harian Metro turut melaporkan perbuatan suami melakukan aksi lucah di depan anak tanpa disedari selain menjadi simpanan seorang datin yang mahu nafsunya dipenuhi, menyebabkan isteri terpaksa menuntut fasakh di mahkamah.

Nakhaie berkata, semua wanita berkenaan tidak akan ditimpa nasib malang jika mahkamah bersikap adil dengan mengambil kira punca tuntutan itu dibuat.

Menurutnya, mahkamah sepatutnya bertindak cepat membenarkan permohonan itu jika alasan tuntutan ada kaitan dengan sikap suami yang membahayakan isteri dan anak.

“Isteri tidak akan sewenang-wenangnya melakukan perkara itu tanpa alasan kukuh dan apa yang dilakukan bagi mempertahankan hak dan keselamatan keluarga yang terancam.

“Adalah tidak masuk akal jika mahkamah sengaja mengikut rentak suami serta semua peraturan walaupun mahkamah juga mempunyai kuasa untuk mempercepatkan sesuatu kes bagi memelihara keadilan,” katanya.

Beliau bukan mahu mempertahankan sesiapa, tetapi menuntut keadilan bagi menyelamatkan lebih ramai wanita yang menghadapi masalah emosi akibat kelewatan mahkamah yang boleh menyebabkan mereka sewel.

“Memang Allah membenci perceraian tapi ia diharuskan jika mempunyai sebab tertentu bagi menyelamatkan isteri yang mahu membina kehidupan lebih baik.

“Tidak mustahil kebenaran diberikan mahkamah syariah akan membolehkan isteri dapat memiliki kehidupan lebih baik berbanding hidup bersama suami yang memiliki sikap pelik dan boleh mengancam kehidupan mereka,” katanya.

Selain itu, kata Nakhaie, mahkamah wajar mempercepat dan menimbangkan kes fasakh jika alasan diberi membabitkan jenayah berat atau seksual yang dilakukan suami terhadap ahli keluarga.

Menurutnya, tindakan segera perlu dilakukan jika mahkamah syariah memiliki cukup bukti dan tidak membenarkan ia berlarutan bertahun-tahun bagi menyelamatkan isteri.

“Bagi saya, tempoh lama mungkin bukan masalah jika membabitkan kes tuntutan harta, tetapi apabila membabitkan keselamatan dan masa depan wanita, ia wajar diberikan perhatian serius.

“Mahkamah perlu membuka mata seluas-luasnya bagi membuat keputusan tepat dan tegas supaya golongan isteri dapat diselamatkan dan pada waktu sama mendidik suami supaya tidak sewenang-wenangnya memperalatkan mahkamah untuk kepentingan diri,” katanya.

Kotak Kedua + Kotak Dunhill

April 6, 2009

2nd

Kotak Dunhill milik kawan aku. Dia tanya “Nak buat apa dengan kotak tu?”

“Aku nak scan…”

Satu Kisah Yang Panjang

April 6, 2009

pergi1

bilik3

balik2

Kotak Pertama

April 6, 2009

pall-mall1Kotak rokok pertama yang aku beli semalam dengan harga RM7.50 untuk 20 batang. Sebelum ini aku pernah melihat gambar yang sama dipaparkan di di dalam akhbar. Selepas itu akhbar berhenti memaparkan gambar ini, dan kini hampir semua kotak rokok mempunyai gambar ini. Selain dari gambar ini, terdapat beberapa gambar lain.

Dugaan Menghapuskan Dosa

April 3, 2009

 

SELAGI kita bernama manusia, selagi itu kita tidak sunyi membuat dosa dan kesilapan. Begitu juga dengan pelbagai dugaan yang terpaksa kita harungi dalam menempuh liku-liku kehidupan kita.

 

Menurut sebuah hadith, setiap dugaan yang kita tempuhi ada ganjaran yang menanti kita, asalkan kita redha menghadapinya.

 

Hadith :

 

Dari Abdullah r.a katanya:”Aku datang mengunjungi Rasulullah s.a.w ketika beliau sakit, lalu kusentuh baginda seraya berkata: “Ya Rasulullah! Demam anda bertambah teruk.”

 

Jawab baginda, “Memang demamku sama dengan demam dua orang kamu.” Kataku pula, “Semoga anda mendapat pahala berganda pula.” Jawab baginda: “Semoga!”

 

Kemudian sabda baginda pula: “Tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah Taala dosa-dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya.”

 

(Muslim)

 

Huraian

 

Segala bencana, penyakit, kesusahan atau kerunsingan yang menimpa tubuh badan atau akal fikiran seseorang mukmin adalah menjadi “kaffarah” (penghapus) kekotoran dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana itu.

 

Anas berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: “Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka, kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda, maka dia akan beroleh keredaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan dari Allah.” (At-Tirmidzi dan Ibn Majah)

Perdana Menteri Malaysia ke-6

April 3, 2009

najib34 

 

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang berundur selepas menerajui negara lebih lima tahun.

 

Najib, 55, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara.

 

Segak berbaju Melayu hitam, Najib tiba di Istana Negara pada 9.42 pagi diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor. Mereka berdua kemudian memasuki Balairong Seri pada 10 pagi diikuti Abdullah dan isteri Datin Seri Jeanne Abdullah.

 

Kenamaan lain yang turut hadir termasuklah anggota Kabinet, Menteri Besar dan Yang Dipertua Dewan Negara serta Speaker Dewan Rakyat.

 

Seramai 319 tetamu kehormat hadir pada majlis bersejarah itu termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.