Archive for the ‘Photography’ Category

Rungus Tribe: Kudat, Sabah

May 18, 2009

KAUM

Advertisements

Nelayan

May 16, 2009

SAMPAN

Seorang nelayan di sungai Sarawak. Aku shoot dengan lens 70-300mm dari tingkat 8 rasanya.

Sentuhan Magis Bustamam

May 7, 2009

bus1

 Oleh AQMAR ALLADAD, aqmar.alladad@kosmo.com.my

Ada ungkapan berbunyi sekeping foto boleh memberi seribu makna. Yang pasti, sekeping foto seperti itu biasanya terzahir daripada tangan seorang jurufoto hebat.

SETIAP kali jari telunjuknya memetik butang kamera digital, hasil yang diperoleh cukup memuaskan. Malah, hasilnya sangat luar biasa sehingga menerbitkan rasa pesona di kalangan mereka yang melihatnya.

Itulah bisa seorang jurugambar fesyen profesional, Bustamam Mokhtar, 39. Kepakarannya menghasilkan foto menyebabkan nama Bustamam sentiasa menjadi sebutan para selebriti.

Sejak awal kerjayanya, lelaki itu sudah menanam impian mahu berjaya dalam karier sebagai jurufoto. Jadi bukanlah menghairankan apabila usaha gigih beliau sudah jelas terserlah sejak muda lagi.

Berbanding jurufoto lain yang cukup sekadar mempunyai sebuah kamera dan mengetahui teknik fotografi, Bustamam tidak pernah puas walaupun sudah bergelar graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, dalam bidang fotografi.

Ketika rakan-rakan lain sudah serius dengan kerjaya, Bustamam berkorban ‘berbelit lidah’ menguasai bahasa Jepun demi menambah ilmu fotografi.

Usaha itu berbaloi apabila beliau dihantar melanjutkan pelajaran di Tokyo Visual Art School di Jepun selama tiga tahun.

Pulang ke tanah air pada tahun 1995, Bustamam kemudian memulakan kerjaya di syarikat Utusan Melayu (M) Berhad.

Suntikan teknik pencahayaan, sudut fotografi berbeza dan idea yang pintar menyebabkan karya hasil kerja tangan Bustamam sangat memukau. Perlahan-lahan kreativiti foto Bustamam berjaya menambat hati ramai.

Mendapat banyak tugasan luar, akhirnya Bustamam yang popular dengan panggilan Bus di kalangan rakan-rakan mengambil keputusan untuk bekerja sendiri.

“Dulu saya hanya mahu sebuah studio dan saya sebagai jurufotonya, tidak sangka pula kini sudah mempunyai pekerja sendiri dan bergelar ahli perniagaan,” katanya.

Empayar White Studio yang terletak di Prima Business Centre, Jalan Prima 2, Taman Rasa Sayang, Cheras adalah hasil bukti titik peluh dan jatuh bangun Bus dalam bidang itu.

Malah, nama-nama besar seperti Siti Nurhaliza, Camelia dan mendapat kepercayaan majalah-majalah fesyen seperti GLAM, FHM dan Style, ia satu pengiktirafan kepada hasil kerja fotografi Bustamam.

Apakah rahsia di sebalik sebuah foto yang hebat? Bus mengakui, ia dipengaruhi banyak faktor.

“Idea dan imaginasi jurufoto, teknik fotografi, tema fotografi, teknologi digunakan, model dan jurusolek antara yang memainkan peranan,” katanya ketika ditemui di studionya baru-baru ini.

Jelas Bus, teknologi canggih memainkan peranan penting dalam menghasilkan foto yang bagus. Bagi memastikan setiap gambar yang diambil tiada cacat cela, beliau akan membuat strategi terlebih dahulu.

Sempat berkongsi pengalaman aura setiap karyanya itu, Bustamam berkata, hasil yang bagus diperoleh dengan penggunaan beberapa peralatan sokongan.

“Saya akan pastikan penggunaan pencahayaan besar dan payung reflextor berukuran tujuh kaki. Apabila seorang jurufoto menggunakan peralatan ini, kelebihannya ialah gambar yang diambil lebih jelas dan timbul.

“Selain itu, rahsia di sebalik untuk menghasilkan gambar terbaik juga ialah penggunaan bukaan lensa (aperture) mestilah sentiasa berada pada bukaan iris 16 atau 11 supaya gambar lebih tajam walaupun bergegar,” jelasnya.

Dalam pada itu, kelajuan pengatup (shutter speed) tidak terlalu penting dalam penggunaan studio, tetapi ia amat berguna sekiranya ingin mengambil gambar individu yang sedang bergerak ataupun berlari.

Tidak lupa juga penggunaan kamera digital Mamiya miliknya yang bernilai RM15,000 memberikan kelebihan untuk mendapatkan karya yang hebat.

“Kesimpulannya, kamera dan peralatan bantuan lain perlu dititik beratkan untuk mendapatkan hasil yang cantik.

“Bila minat sudah ada dalam diri, kita perlu buat betul-betul dan cari alternatif bagaimana gambar kita setanding dengan jurufoto antarabangsa,” ungkapnya yang menghabiskan kira-kira RM300,000 untuk menyediakan peralatan di White Studio.

Bagaimanapun, ada juga perkara yang mungkin sering kali dilupakan oleh jurufoto untuk mendapatkan gambar menawan ialah tenaga kerja berkumpulan.

Tegasnya lagi, kerjaya sebagai jurugambar memerlukan banyak penyelidikan dan menjadikan agensi luar negara sebagai medium terbaik untuk dijadikan contoh.

Meskipun, dirinya boleh dikatakan sebagai jurufoto fesyen yang disegani, Bustamam tidak malu untuk mengakui bahawa sehingga kini beliau masih membelek majalah luar negara untuk mempelajari teknik-teknik baru.

“Jangan merasakan diri kita sudah cukup dengan ilmu. Ramai yang cuba mengejar kita dari arah belakang, jadi kita perlu sentiasa bersedia untuk membuat rujukan,” katanya.

Aku teruja dengan Lens ni!

April 29, 2009

80-400-mounted

AF VR Zoom-Nikkor 80-400mm f/4.5-5.6D ED

RM6,688.00 (harga http://www.nikon.com.my)

RM5,730.00 (harga www. shashinki.com)

Santai Cafe

April 25, 2009

6111

Motion

April 25, 2009

photo-0006

Dalam tunnel di Putra LRT Masjid Jamek. Waktu pagi, on the way ke Dataran Maybank. Guna kamera phone.

Bayang2

April 25, 2009

bwc2

Freeze

April 25, 2009

0956

Aperture + Shutter

April 6, 2009

aperture-shutter

My Heart! My Soul!

March 27, 2009

kids-4001

Gambar pada Hari Raya 2008. Our last Raya together…

Ammar Haiqal (5), Nur Izzati (9), Amiera Qaleda (10) & Amierul Aiziq (13)