Archive for the ‘March 2009’ Category

Balik Kampung : 15 March 2009

March 8, 2009

KAD

Pi Penang. Mungkin bertolak pada hari Jumaat nanti. Antara tempat persinggahan adalah di Ipoh dan Parit Buntar. Balik nanti aku citer apa yang terjadi kat sana K…

RUMAH

KL Banjir

March 4, 2009

mainpix-banjir(gambar dan petikan dari laman web harian metro)

KUALA LUMPUR: Hujan lebat selama tiga jam menyebabkan beberapa kawasan dan jalan utama di ibu kota ditenggelami air sedalam satu hingga dua meter, petang semalam.

Di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), lebih 1,000 kakitangan di bangunan itu terpaksa menunggu beberapa jam untuk keluar dari pejabat masing-masing, berikutan banjir kilat melanda kawasan sekitar dan jalan utama.

Selain orang ramai yang terperangkap, banjir turut menyebabkan hampir 200 kenderaan yang ditinggalkan di kawasan letak kereta PWTC, tenggelam dan hingga jam 7 malam semua kenderaan gagal dikeluarkan pemilik masing-masing berikutan paras air belum surut.

Turut ditenggelami air Balai Bomba dan Penyelamat Sentul, Klinik Ibu Mengandung dan Kanak-Kanak, Klinik Kesihatan Jalan Ipoh dan bangunan MIC.

Sementara itu, jurucakap bilik kawalan bahagian Bencana dan Banjir Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, beberapa kawasan lain seperti Pantai Dalam, Bulatan Dato Onn, Segambut, Puduraya, Jalan Kinabalu, Jalan Ipoh, Jalan Tun Ismail, Jalan Rahmat, Jalan Sentul, Jalan Kasipillay dan Jalan Duta turut ditenggelami air.