Archive for the ‘Amierul Aiziq’ Category

Aiziq dah 14 tahun

June 7, 2009

7 June 2009, ulangtahun Aiziq ke-14.

Depa pi tengok Jangan Pandang Belakang Congkak. Aku masih sibuk cari motor 2nd, akhirnya dapat Honda Wave 100 tahun 2004. Okay juga!

Jakarta?

May 30, 2009

jakartamap

Seperti biasa aku dan Ati akan ke pasar malam. Beli yong tau fu, tau fu fa, tapai ubi dan pulut, kentang goreng, burger special etc. Rutin setiap hari Khamis.

Semasa melintas jalan Ati kata, esok Ati ke Jakarta. Sambut birthday Haiqal. Aku diam.

Sebelum ini aku ada juga dengar. Sampaikan Zam pun pernah tanya aku. Tapi aku tak tahu dan tak mahu ambil tahu.

Aku di ofis dari jam 12.00 hingga jam 5.00 petang.

Semuga perjalanan mereka selamat pergi dan balik. Amin…

Aiziq: Gastrik

May 11, 2009

Pagi tadi Aiziq muncul. Dia balik malam tadi. MC sebab gastrik Good news is dia terpilih mewakili under-15 SMK Segambut Jaya, posisi tengah (midfield). Dia tanya aku main posisi mana: “Defender”.

Punca penyakit gastrik adalah amalan tabiat makan (minum pagi, makan tengahari dan makan malam) yang tidak mengikut waktu yang tetap.

Sebagai contoh kadang-kadang makan tengahari pukul 11.00, kadang-kadang pukul 12.00, kadang-kadang pukul 1.00, kadang-kadang pukul 2.00 dan kadang-kadang bila tersangat sibuk sampai pukul 4.00 petang belum makan tengah hari.

Apabila amalan ini diteruskan untuk tempuh kira-kira 5 tahun, insyaAllah, Allah akan memberikan penyakit gastrik. Setelah penyakit gastrik dikesan, namun tabiat ini masih diteruskan, insyaAllah dalam tempuh 2 tahun lagi, orang ini akan mendapat penyakit yang lebih serius lagi iaitu Peptic Ulcer atau Ulser Perut.

Tempuh matang untuk penyakit gastrik ini akan dipercepatkan lagi sekiranya seseorang itu merokok, suka makan nenas, makan mee segera, jeruk kering dan basah, junk food, minum minuman bergas, makan makanan berangin seperti pisang nangka, ubi dan cempedak / nangka; makan makanan terlalu pedas, makan hingga tersangat kenyang, makan ubat doktor atau tradisional tertentu dan makan makanan yang bercuka.

Tanda-tanda penyakit gastrik:

Kerap sakit kepala di bahagian kanan kepala terutama apabila perut kosong atau lewat makan nasi.

Sakit kepala ini kadang-kadang diikuti dengan perasaan loya atau mual dan sebu perut dan hilang selera untuk makan. Kadang-kadang simptom ini dialami tanpa sakit kepala.

Demam yang saya panggil demam gastrik apabila selalu miss makan pagi, tengahari atau malam.

Muntah kadang-kadang berwarna kuning dan kadang-kadang ada darah dalam muntah atau darah beku bergumpal.

Sakit perut yang kadang kala teramat sakit.

Keluar angin dari mulut macam sendawa terutama apabila bahagian tertentu badan digosok atau diurut.

    Rawatan penyakit gastrik:

    Pastikan mulai sekarang, waktu makan adalah mengikut disiplin waktu yang ketat contoh setiap hari makan tengahari pukul 1.00 tgh plus minus 15 minit.

    Pastikan bila makan nasi (tenghari dan malam) selepasnya minum air suam bukan air manis atau air batu. Pastikan juga minum hanya sesudah makan bukan berulamkan minum!!

    Elakkan makanan junk food, jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah dan juga mee segera.

    Elakkan nescafe, kopi, teh, minuman bergas, sunquick dalam botol, orange squash, air limau

    Jikalau peringkat gastrik berat, elakkan segala makanan mengandungi yeast seperti roti, donat, pau, piza dll.

    Elakkan makan terlalu kenyang

    Elakkan cuka, makanan yang pedas

    Elakkan atau kurangkan daging dan ayam.

    Elakkan makanan ubi, pulut, keledek, kentang, pisang nangka, pisang tanduk, cempedak / nangka, rebung, dan makanan lain yang menyebabkan kembung perut atau banyak angin dan sendawa.

      Elakkan sama sekali dari mengambil sebarang ubat dari doktor dan klinik bagi rawatan gastrik seperti milk of magnesia dsb kerana ia akan merumitkan lagi gastrik.

      Minum susu segar atau susu tepung full cream (bukan HL atau low fat atau annelene) pada awal pagi (6.30 pagi), 10.00 pagi, 4.00 ptg dan 9.30 malam setiap hari sehingga benar-benar sembuh.

      Kalau sakit perut teramat sangat, muntah atau demam, ambil secekak pucuk jambu batu, rebus dengan 3 sudu ketumbar, rebus dengan 3 gelas air dan masak hingga menjadi 1 gelas.

      Bahagikan air ini kepada 3 bahagian, minum 1 bahagian air rebusan ini tiga kali setiap 4 jam.

      Amierul Aiziq

      April 22, 2009

      dsc_37122

      dsc_38253

      a-31

      Untuk Kids

      April 21, 2009

      terang-hafal

      My Heart! My Soul!

      March 27, 2009

      kids-4001

      Gambar pada Hari Raya 2008. Our last Raya together…

      Ammar Haiqal (5), Nur Izzati (9), Amiera Qaleda (10) & Amierul Aiziq (13)

      Cuti : Maulidur Rasul

      March 9, 2009

      Aku tidak kemana-mana. Aiziq awal pagi sudah keluar ke rumah kawan dia. Petang nanti dia akan balik ke asrama.