250809: Kembali ke Bumi

August 25, 2009

Pejam celik pejam celik hampir 2 tahun aku keluar dari Bumi. Kebetulan aku dan Romzi ke Bumi dan Shuk dah resigned. Dua hari jugak ler aku dok fikir nak join balik ke tak.

My Ride!

August 18, 2009

Photo-0007

Reunion ke-2

August 17, 2009

Sabtu 15 Ogos 2009 jam 4pm di Santai Cafe.

MULANYA seramai 33 orang sedia hadir. Last-last yang turn-up hanya 20 orang sahaja. Lagi kurang dari last year (26 orang).

Cuaca agak tidak mengizinkan, time aku sampai Fuad dan Yunus dah siap minum nescafe o. Lama jugak kena tunggu kengkawan. Aku di Santai sampai jam 11pm.

Yang hadir kali kedua: Fuad, Yunus, Azmin, Ai, Amai, Azizi, Yasri, Amin, Fadli, Zainal dan Aku.

Yang 1st timer: Maarof, Nazri, Ismail, Nizam, Lan Romeo, Lan Saroni, Fadil, Amri dan Azizi.

Next gathering Sabtu 17 October, samada bowling di Alamanda ataupun aktiviti sukan rakyat di sekolah Cochrane lama.

Ceritera & Komen: Konsert Search di Bukit Kiara

August 5, 2009

Banyak dugaan yang di hadapi nak ke Bukit Kiara. Dah ler jalan jem giler di sebabkan insan-insan yang tak puas hati dengan ISA. Banyak jalan di tutup. Dengan kepakaran Amai dan Zam kami berjaya ikut shortcut dari Taman Desa terus ke Pantai Dalam, masuk ke PJ tembus ke BK (bukit kiara bukan bandar kinrara). Di BK lagi sesak, parking tepi jalan ajer. Dari parking ke entrance dalam 1km. Jalan kaki, semangat bro!

Di pintu masuk sesak lagi! Entah sistem keselamatan negara mana depa guna, dah macam sardin. Abang botak dok jerit guna ‘hailer’ yang bateri dah weak. Lega sungguh dapat masuk, sesekali berhimpit sedap jugak!

Otai Search pun kantoi sebab jem.

Pada aku ler yang dah tak tengok live konsert, malam tu tak berapa best aku bagi 3 bintang dari 6 bintang.

Kami supper di Jalan 222. Cefiro Amai pula tak leh start, memacam hal… Akhirnya sampai BTR jam 5am. Thanks to kawan Amai yang bagi pinjam kereta dia.

ps: salute to Zam dan Mior yang jadi krew (bidan terjun) Bro Din malam tu…

Kadar / Meter Baru Teksi

August 5, 2009

PENGALAMAN pagi tadi sewaktu temankan mak ke Hospital Ampang (HA), area Pandan Mewah. Seawal jam 8 pagi.

Teksi 1: Maaf Nak, tak sempat, pakcik ada tempahan lain…

Teksi 2: (Ada penumpang di depan) Kalau dari HUKM, jauh nak pusing…

Teksi 3: (Lady driver) Okay, tapi meter masih lama. Tak sempat tukar. Ikut kadar baru boleh? Tunjukkan jalan sekali ya.

Sampai depan entrance HA, meter RM9.30. “Berapa Kak?” “Limabelas ringgit”.

Time balik, dapat teksi yang gunakan meter baru. Memang tertera di meter RM3.00. Kadar sewa dari HA ke BTR ikut laluan Cheras Baru adalah RM13.40.

Kesibukan yang ala-ala SIBUK

July 29, 2009

Hampir dua minggu aku dan geng jadi kutu embun. Late supper di sekitar BTR dan BSP. Sekarang nih tengah ajar Zeck buat blog. Aku jadi cikgu internet. 

Alfatihah kepada Yasmin Ahmad. Pemergian yang mengejutkan pada usia 51 tahun, ketika beliau masih sibuk dengan tugasan. First time aku tonton Sepet aku agak kagum dengan jalan ceritanya. Tetapi agak meluat dengan gelagat mesra manja parents Orkid. Kebetulan MOHAS pernah bekerja di bawah beliau sewaktu di Leo Burnett, so aku pun ada juga bertanyakan tentang Yasmin. MOHAS tidak keberatan untuk bercerita dan dia sendiri kagum dengan anugerah yang Allah berikan kepada Yasmin.

28 Julai pula adalah besday Amy Search. Happy Belated Besday. Seorang lagi icon yang aku follow secara tidak langsung. Kebetulan pula Zeck banyak bagi info tentang Search. Ternyata Zeck adalah seorang peminat Search yang setia. Dia begitu teruja bila tengok clip dalam YouTube sewaktu Search jamming pada 2006 (rasanya), ada kelibat dia dan Meor.

Semalam Aiziq balik dari asrama. SMKSJ di tutup selama seminggu!

Gambar Ofis

July 23, 2009

500-ofis1

Gambar ini di ambil oleh MOHAS. Seorang artis yang hampir tenggelam di arena lukisan tanahair. Lukisan dia sekarang ni ada di Galeri Shah Alam. Seorang pelukis landskap yang detail dan mengagumkan.

500-ofis2

Terjebak dengan MU!

July 23, 2009

500-muAiziq dapat pas percuma. Coach bola dia bagi.

Sebelum tu Zam ada offer aku dan akhirnya aku, Aiziq, Zeck dan Zam ke Bukit Jalil. Berbeza sungguh dengan pasukan pilihan Malaysia dan ManU sewaktu melihat mereka membuat latihan. Aku cuba bayangkan gaji yang di perolehi oleh pemain MU dengan membuat latihan yang hampir sama dengan pasukan Malaysia. Aku pun pernah buat latihan yang macam tu!

Aku tetap sokong Liverpool!

Konsert Search!

July 23, 2009

500-search

Dah lama tak join crowd di mana-mana konsert. Thanks to Zeck, bawa aku jumpa Din Search. Okay juga brother Din, dia memang low profile.

MJ: Kerana Ubat

June 29, 2009

KEMATIAN Michael Jackson awal Jumaat lalu memang mengejutkan, tetapi bagi sebahagian mereka yang mengenalinya, yang lebih mengejutkan ialah dia berjaya hidup sehingga 50 tahun.

Sebahagian besar usia dewasanya, dia kelihatan seolah-olah ‘mereput’ di hadapan mata kita – kurus kering, pucat, terpaksa menggunakan kerusi roda atau berbalut kerana menjalani pembedahan.

Dia bertarung dengan ketagihan ubat tahan sakit dan begitu sukar untuk duduk tegak ketika perbicaraannya berhubung kes pencabulan kanak-kanak pada 2005.

Menurut laporan media, Jackson tidak sedarkan diri selepas disuntik Demerol, sejenis ubat tahan sakit pada hari kematiannya.

Peguam keluarga Jackson, Brian Oxman berkata, dia pernah memberi amaran kepada raja pop itu mengenai penyalahgunaan ubat.

“Saya sudah beri amaran bahawa satu hari nanti, Michael Jackson tidak akan bangkit dari tidurnya dan saya tidak akan berdiam diri jika ia berlaku kerana salah guna ubat.

“Saya sudah membuat kenyataan itu kepada anggota keluarga dan saya memberitahu mereka, saya tidak akan berdiam diri,” katanya Oxman di Pusat perubatan UCLA, beberapa jam selepas kematian penyanyi itu.

Michael dikatakan diserang sakit jantung, keadaan yang boleh membawa kepada kematian jika tidak dirawat dalam masa lima minit, kata doktor.

Dalam kebanyakan kes, jantung itu bergerak begitu cepat dan berhenti berfungsi, menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri.

Kadangkala, ia menjadi begitu lemah dan berhenti bergerak.

Bulan lalu, penganjur konsertnya, This is It, dalam satu sidang akhbar berkata, Michael begitu bertenaga selepas empat hari pertama konsert kemunculan semulanya itu dibatalkan.

Media melaporkan dia menghidap barah kulit.

“Tidak ada apa-apa yang mencurigakan mengenai kesihatannya,” kata Randy Phililips dari syarikat penganjur AEG Live.

Jaminan itu bertentangan dengan gambar Michael, dengan mukanya ditutup topeng bedah, yang menunjukkan dia menghidap penyakit misteri.

Julai tahun lalu, gambar yang diambil menunjukkan anaknya menolaknya memasuki sebuah kedai buku dengan kerusi roda, berpakaian tidur dan selipar.

Sehingga kini, tidak jelas apa yang menyebabkan penyanyi itu, yang melecur teruk selepas dijilat api ketika penggambaran iklan Pepsi pada 1984, menderita sakit.

Dia menafikan laporan yang mendakwa dia memutihkan kulitnya.

Michael sebaliknya menegaskan, dia menghidap vitiligo, masalah gangguan pigmentasi.

Dia mengaku hanya melakukan dua pembedahan plastik. Bagaimanapun, pakar meramalkan Michael menjalani banyak pembedahan hingga menyebabkan hidungnya mengalami kecacatan kekal.

Dia ketagih ubat pil, termasuk Xanax dan ubat tahan sakit hingga keluarganya dilaporkan terpaksa pergi ke Bahrain, tempat dia tinggal sementara pada 2005 hingga 2006 untuk menasihatkannya.

Michael pernah sekali melawat pusat pemulihan dan pada 2007, mengaku bahawa empat tahun sebelum itu, kesihatannya terjejas akibat ketagihan pil.

Bekas pengasuh anaknya, Grace Rwaramba, 42 berkata, dia pernah berulang kali ‘mengepam’ perut Michael untuk membantu penyanyi itu setiap kali dia menderita kesakitan.

“Pernah satu ketika keadaan begitu teruk sehingga saya tidak membenarkan anaknya melihat bapa mereka. Dia makan terlalu sedikit, tetapi menelan pil begitu banyak,” katanya.

Menurut Grace, kerana begitu bimbangkan kesihatan Michael, dia pernah memaklumkan kepada ibu dan kakak penyanyi itu, tetapi dia sebaliknya dimarahi raja pop berkenaan.

“Dia begitu degil. Dia tidak mahu dengar nasihat,” kata Grace yang bekerja dengan Michael selama lebih 10 tahun sebelum berhenti Disember lalu.

INFO

Jacko, 50, diserang sakit jantung Khamis lalu, sejurus selepas disuntik Demerol, ubat tahan sakit, buat kali terakhir dan sekali gus membunuhnya.

Demerol mempunyai persamaan dengan morfin dan sepatutnya tidak boleh dicampur dengan ubat seumpamanya.

Bagaimanapun, raja pop itu juga mengambil 3 miligram pil tahan sakit narkotik, Dilaudid.

Dan menurut sumber, dia juga diberuikan satu lagi ubat narkotik, Vicodin, ubat penenang yang diperoleh kodeina.

Tidak cukup dengan itu, Jacko juga mengambil:

SOMA: Untuk melegakan otot, 2 miligram, dua kali sehari.

XANAX: Ubat penenang yang diberikan kepada Michael sebanyak 0.5 miligram, dua kali sehari.

ZOLOFT: Ubat penenang yang dimakan Jacko sebanyak 100 miligram sehari.

PAXIL: Satu lagi ubat penenang yang juga digunakan untuk mengurangkan perasaan bimbang dan cemas. Michael mengambilnya 20 miligram sehari.

PRILOSEC: ubat untuk pulih sakit hulu hati.

Penyanyi itu juga diberikan antibiotik untuk menangani masalah jangkitan berikutan pembedahan barah kulit baru-baru ini. Ubat ini sudah cukup bahaya. Pesakit sepatutnya tidak boleh memakan lebih daripada satu ubat tahan sakit pada satu masa, lebih-lebih lagi dengan keadaan kesihatan Michael.

Dia begitu kurus dan mempunyai berat badan kira-kira 58 kilogram walaupun ketinggiannya 1.78 meter.